Sunday, November 8, 2009
POTRET KENANGAN
DARI DAPUR MAMA
Pagi ni aku masak sayur campur. Bukan nak kongsi resepi sayur campur tapi nak kongsi satu tip yang mungkin pelik. Sayur campur kalau dicampur dengan cendawan lagi la sedap. Aku pun tak ketinggalan, turut mencampurkan cendawan dalam sayur campur tu.
........Tapi cendawan yang digunakan adalah yang baru ku petik sahaja pagi ni dan terus ku masak. Nak tau kenapa? Begini ceritanya..................
Inilah benih cendawan tu, Sekali ia mengeluarkan hasil cukup untuk buat sepiring atau satu hidangan sayur campur. Benih ni dibeli di Pasar Tani yang diadakan setiap hari Jumaat. Pada hari tersebut aku dan anakku yang kedua pergi ke pasar tersebut. 3 bekas kami beli. Sebenarnya aku nak 2 je yang satu lagi anakku tu nak bawak pergi ke UK lepas raya baru ni. Tapi beg dah terlebih berat jadi tinggallah ia kat Malaysia. Sepanjang masa tak pernah lagi ia mengeluarkan hasil serentak. Jadi bagus gakla ia ada kat Malaysia ni. Bekalan cendawan kat rumahku sekarang tak pernah putus. Lepas satu bekas dituai satu lagi akan tumbuh.
Emmmmm.... modal tak tinggi cuma RM2.50 satu je. Kira sendirilah. Sekarang tak perlu beli cendawan lagi. Bekas ni hanya terletak dibawah sinki di dapurku sahaja. Sederhana...........kan?
Gini Resepinya.
BAHAN-BAHANNYA
4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan vico
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
CARA-CARANYA
1. Gaulkan semua bahan-bahan di atas dan pukul dengan tangan atau mixer
2. Kukus selama 1 jam
3. Makan dan ' enjoy'
Macam mana, senang kan? Cuba la dulu pasti puas hati. Kalau nak sedap lagi bolehla topping dengan coklat pulak.
KREATIVITI
Sudut kreativiti ni dimulakan dengan bekas yang boleh dibuat sendiri dengan modal yang kecil tapi masih nampak menarik. Bekas ini ku beli semasa jualan murah. Niat nak beli 6 bekas tapi hanya ada 5 je. Entah kenapa aku tertarik dengan bentuk dan warnanya, jadi ku beli je biarlah ada 5 sahaja. Dengan hanya beberapa meter reben ungu dan gam aku berkarya. Bunga kecil dan reben di sebelah atas bekas tu idea daripada suamiku.
Pandangan dari atas agar reben dan bunga kecil tu lebih jelas kelihatan, Kalau nak seribu daya. Walaupun tak pernah dan tak pandai nak buat aku tetap cuba buat sendiri. Kepuasan yang diperolehi sangat berbaloi. Kalau nak beli yang dah siap agak mahal juga.
SENI JAHITAN MANIK
Nak teruskan dengan seni manik kat baju, ikut trend sekarang. Kalau nak upah orang jahit sepasang baju hampir mencecah RM 50. Jadi dek kerana nak ekonomi dan minat, aku cuba-cuba layari internet tengok rekaan yang telah di upload oleh orang lain. Emmmm nampak macam payah nak tiru jadi aku pun reka la sendiri design yang senang untuk aku cuba. Mari kita tengok apa hasilnya. Anda pun baik cuba bukannya susah sangat. Ada kesungguhan dan kesabaran pasti hasilnya menarik.
Antara koleksi bajuku yang telah dijahit dengan hiasan manik rekaan sendiri. Bila dihitung banyak juga yang dah siap ku jahit. Aku tak tunggu baju baharu, baru nak jahit. Baju lama pun ku beri sentuhan seni manik ni. Lepas tu ada kawan yang tanya ek? baju baru ke?. Kan ada keistimewaan bila kita cuba sendiri. Jadi cubalah jangan tak cuba. Mula-mula tu memang rasa susah. Aku pun mula-mula tu beberapa kali jahit, tetas, jahit, tetas. Berkat kesabaran, pasti ada ganjarannya. Yang coklat tu paling ku suka. Bertungkus lumus hampir seminggu baru siap.
Koleksi baju ungu, agaknya aku ni suka warna ungu kot. Senang je nak jahit tu. Cepat lak tu. Ni design orang yang agak malas atau nak cepat siap. Tak sabar nak pakai bila dah jahit. Apa-apa pun ramai gak kawan-kawan yang tanya tempah kat mana. Jadi kalau kita kreatif sikit dan berani mencuba tak jadi masalah. Semua perkara yang kita buat pasti dimulakan dengan langkah pertama. Betul tak?
Subscribe to:
Comments (Atom)